Saturday, December 20, 2008

Kerjasama IUF=AMESU-NUPW





International Union Food and agriculture IUF, All Malaysian Estetes Staff Union AMESU dan National Union Of Palntations Workers NUPW telah bekerjasam membentuk satu jawatankuasa bersama menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja-pekerja Asing ( Migrant Workers Services Centre) MSC.

Pusat MSC ini di peringkat awal sedang melakukan kajiselidik, tinjaun, mengenalpasti masaalah-masaalah pekerja asing yang bekerja di semua sektor di negara Malaysia ini.

Jawatankuasa yang sejak April 2008 lalu mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi mengenalpasti masalah dan isu pekerja asing di samping mencari kekangan-kekangan yang mungkin berlaku bagi memastikan matlamat MSC tercapai.

Matlamat IUF-MSC adalah untuk memastikan semua pekerja dan tenaga kerja asing yang bekerja di Malaysia sentiasa di layan memgikut piawaian dan standard antarabangsa. IUF-MSC menolak segala unsur-unsur penganiyaan dan diskriminasi terhadap pekerja asing yang telah mencurah keringat dan tenaga bagi memacu pembangunan negara-negara yang menggunapakai tenaga kerja asing.

Dasar IUF-MSC adalah jelas, iaitu berkonsepkan menang-menang pada pekerja,syarikat yang menggaji pekerja dan negara yang menggunakan tenaga kerja.

Buat permulaan IUF memulakan kerjasama dengan melantik seorang pegawai perantis penaja perladangan (Field Organiser Officer) yang bekerjasama dengan NUPW di sektor Perladangan.
Matlamatnya agar setiap pekerja asing dibenarkan menganggotai keahlian NUPW agar setiap permasaalahan mereka yang berkaitan soal undang-undang dan peraturan kerja mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian bersama NUPW/MAPA.

Pihak majikan sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada pekerja asing mereka yang ingin menyertai NUPW kerana penggajian pekerja asing yang bekerja di ladang secara langsung terus mengikut semua aspek perjanjian bersama NUPW/MAPA yang demeterai. Jadi adalah tidak lojik pihak majikan tidak membenarkan pekerja asing mereka menganggotai NUPW.

Kerajaan Indonesia umpamanya juga telah bersetuju dan memperakui bahawa NUPW mampu menjadi "Payung" sebagai tempat setiap pekerja warganya mengadu segala permasaalahan yang mungkin timbul. Kerajaan Indonesia secara terus terang meminta agar semua pekerja warga negara itu menyertai NUPW.

Dipihak Malaysia pula adalah diharapkan kerajaan Malaysia membuat satu undang-undang agar setiap pekerja asing yang bekerja di negara ini menyertai dan menjadi ahli kesatuan sekerja tempat mereka bekerja.

Walaupun tiada halangan untuk pekerja asing menyertai kesatuan namun masih ada majikan dan syarikat yang tidak membenarkan pekerja asing mereka menyertai kesatuan atau majikan akan menggunakan pelbagai tekanan serta ugutan kepada pekerja asing yang menjadi ahli kesatuan umpamanya NUPW.

Pendirian majikan yang tidak mahu pekerja mereka menjadi ahli kesatuan sekerja ini amat diragui nawaitunya. Mengapa harus takut pekerja mereka menjadi ahli kepada sebuah kesatuan yang SAH...? Atau apakah majikan masih lagi mempinyai nawaitu untuk melakukan pelbagai perkara yang di luar perjanjian atau mungkin boleh menyebabkan penganiyaan dan diskriminasi.

Majikan yang telus seharusnya bersikap rasional dan terbuka dalam soal ini, Seandainya majikan mempunyai sikap dan dasar "menang-menag" kepada dua belah pihak. Kemasukan pekerja asing dalam kesatuan sekerja harus disokong oleh majikan.

No comments:

Post a Comment