Saturday, December 20, 2008

Kerjasama IUF=AMESU-NUPW





International Union Food and agriculture IUF, All Malaysian Estetes Staff Union AMESU dan National Union Of Palntations Workers NUPW telah bekerjasam membentuk satu jawatankuasa bersama menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja-pekerja Asing ( Migrant Workers Services Centre) MSC.

Pusat MSC ini di peringkat awal sedang melakukan kajiselidik, tinjaun, mengenalpasti masaalah-masaalah pekerja asing yang bekerja di semua sektor di negara Malaysia ini.

Jawatankuasa yang sejak April 2008 lalu mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi mengenalpasti masalah dan isu pekerja asing di samping mencari kekangan-kekangan yang mungkin berlaku bagi memastikan matlamat MSC tercapai.

Matlamat IUF-MSC adalah untuk memastikan semua pekerja dan tenaga kerja asing yang bekerja di Malaysia sentiasa di layan memgikut piawaian dan standard antarabangsa. IUF-MSC menolak segala unsur-unsur penganiyaan dan diskriminasi terhadap pekerja asing yang telah mencurah keringat dan tenaga bagi memacu pembangunan negara-negara yang menggunapakai tenaga kerja asing.

Dasar IUF-MSC adalah jelas, iaitu berkonsepkan menang-menang pada pekerja,syarikat yang menggaji pekerja dan negara yang menggunakan tenaga kerja.

Buat permulaan IUF memulakan kerjasama dengan melantik seorang pegawai perantis penaja perladangan (Field Organiser Officer) yang bekerjasama dengan NUPW di sektor Perladangan.
Matlamatnya agar setiap pekerja asing dibenarkan menganggotai keahlian NUPW agar setiap permasaalahan mereka yang berkaitan soal undang-undang dan peraturan kerja mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian bersama NUPW/MAPA.

Pihak majikan sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada pekerja asing mereka yang ingin menyertai NUPW kerana penggajian pekerja asing yang bekerja di ladang secara langsung terus mengikut semua aspek perjanjian bersama NUPW/MAPA yang demeterai. Jadi adalah tidak lojik pihak majikan tidak membenarkan pekerja asing mereka menganggotai NUPW.

Kerajaan Indonesia umpamanya juga telah bersetuju dan memperakui bahawa NUPW mampu menjadi "Payung" sebagai tempat setiap pekerja warganya mengadu segala permasaalahan yang mungkin timbul. Kerajaan Indonesia secara terus terang meminta agar semua pekerja warga negara itu menyertai NUPW.

Dipihak Malaysia pula adalah diharapkan kerajaan Malaysia membuat satu undang-undang agar setiap pekerja asing yang bekerja di negara ini menyertai dan menjadi ahli kesatuan sekerja tempat mereka bekerja.

Walaupun tiada halangan untuk pekerja asing menyertai kesatuan namun masih ada majikan dan syarikat yang tidak membenarkan pekerja asing mereka menyertai kesatuan atau majikan akan menggunakan pelbagai tekanan serta ugutan kepada pekerja asing yang menjadi ahli kesatuan umpamanya NUPW.

Pendirian majikan yang tidak mahu pekerja mereka menjadi ahli kesatuan sekerja ini amat diragui nawaitunya. Mengapa harus takut pekerja mereka menjadi ahli kepada sebuah kesatuan yang SAH...? Atau apakah majikan masih lagi mempinyai nawaitu untuk melakukan pelbagai perkara yang di luar perjanjian atau mungkin boleh menyebabkan penganiyaan dan diskriminasi.

Majikan yang telus seharusnya bersikap rasional dan terbuka dalam soal ini, Seandainya majikan mempunyai sikap dan dasar "menang-menag" kepada dua belah pihak. Kemasukan pekerja asing dalam kesatuan sekerja harus disokong oleh majikan.

PEKERJA SEKTOR PERLADANGAN-

();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyW5-AxCV3Elw7SrCMmJImWkgaNIT6CICNTseBOI_nIzzNLr_jtVUkVDymYLQTF9xC5Tpe42pXEGq22R92wUkQrZLap98b5k2TkIJ9RM6vcXO-oJ_bjGfb5J-AhT9L2kC_LxfwHPonCV34/s1600-h/Aku.gif">

Pekerja-pekerja yang bekerja di sektor perladangan di Malaysia sesungguhnya sedang dalam keadaan yang amat tertekan terutama bagi rakyat tempatan yang masih bekerja di ladang-ladang di seluruh Malaysia.

Dengan gaji yang amat minima dan sesungguhnya berada diparas kemiskinan iaitu sekitar RM450.00 sebulan, mereka adalah merupakan satu kominiti warganegara tempatan yang masih lagi terus menerus hidup dalam tekanan di sebuah negara yang sedang menuju sebuah negara maju menjelang 2020.

Mengikut paras kemiskinan yang telah di umumkan kerajaan 2008, paras gaji minima rakyat miskin di negara ini adalah RM720.00 sebulan, jadi jelaslah bahawa pekerja-pekerja ladang yang berpendapatan sekitar RM450.00 sebulan adalah dikalangan rakyat dan warganegara yang harus dibantu dan diambil perhatian sewajarnya. Malangnya golongan ini terus dipinggirkan oleh pihak-pihak kerajaan yang sepatutnya mengambil inisiatif bagaimana mereka boleh dibantu agar kehidupan mereka lebih sempurna bersama-sama dengan saudara-saudara mereka yang berada diluar sana.

Apa yang amat dikesali, aduan demi aduan dan rintihan demi rintihan yang di utarakan kepada kerajaan agar golongan ini diberi perhatian dipandang sepi, kalau ada pun pemimpin yang sudah memahami dan cuba membawa isu ini di peringkat yang sepatutnya tapi malangnya ia tidak dipandang serius jauh sekali untuk diberi perhatian.

Mengikut statistik hasil lawatan,kajian dan tinjauan saya sejak dari Mei-Nov 2008. Beberapa perkara yang menarik perhatian untuk dibincangkan:-

1. Purata jumlah pekerja-pekerja rakyat Malaysia (Warganegara) yang masih bekerja di Ladang-ladang hanya tinggal sekitar 10 - 20% daripada keseluruhannya yang berjumlah mencecah sekitar 500.000 0rang diseluruh Malaysia.

>>Ini bermaksud terlalu sedikit rakyat Malaysia yang masih berada disektor perladangan pada waktu ini, dan jumlah yang ada ini pun seharusnya menjadi satu "kewajipan" kepada semua pihak mengambil tahu mengapa mereka-mereka ini masih berada di ladang sedangkan pada tahun70 dan 80an hampir 100% pekerja ladang adalah terdiri daripada rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan keturunan terutama kaum India dan Melayu.

>> Mereka yang masih tinggal dan bekerja di ladang-ladang ini merupakan mereka yang sudah tiada lagi pilihan lain. Mana mungkin kalau mereka mempunyai ruang dan peluang untuk keluar daripada kepompong ini masih sanggup tinggal di dalam ladang yang di kelilingi warga-warga asing dari negara yang tidak sama dari segi bahasa, adab, sosial dan kebudayaan\ yang jauh lebih ramai ?. Jawapan nya mereka sememangnya tiada pilihan atas beberapa faktor tertentu umpamanya:-

a. dari sudut pendidikan, mereka tidak mempunyai pendidikan yang membolehkan mereka memperolehi kerja yang lebih baik di luar sana.Mereka ini kebanyakkanya mewarisi pekerjaan orang tua masing-masing yang tidak lagi bekerja kerana usia yang mencukupi. Dan semasa hayat orangtua mereka bekerja di ladang mereka tidak mampu memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka kerana tekanan dan ketidakmampuan mereka sebagai pekerja ladang terlalu kecil.. Tidak hairan anak-anak mereka TERPAKSA mewarisi pekerjaan orang tua mereka dan masih terus tinggal di ladang-ladang bagi meniti kehidupan.

b. Mereka yang tiada kemampuan untuk membeli rumah "murah" sekalipun di pekan atau di bandar. Hasil kaji selidik kepada pekerja-pekerja ladang ini, mereka mengakui amat tertekan dan ingin sekali keluar dari kepompong ini tetapi kemana harus mereka pergi ? Saranan agar mereka membeli rumah murah hanya jawapan "gelengan kepala" yang didapati..Mereka takut untuk membeli rumah murah kerana mereka sedar bahawa mereka memang tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bulanan dan mereka takut rumah yang di beli mungkin akan tergadai akhirnya. Jauh daripada itu sebenarnya untuk mereka mencari bayaran "pendahuluan" 10% daripada harga rumah serta bayaran guaman atas tujuan itu pun mereka tidak akan mampu. Soalannya ialah, kalau lah pendapatan yang mereka perolehi pun sekadar cukup makan (tidak termasuk makanan pucuk paku, pucuk ubi,kangkong parit yang dicari di dalam belukar tanpa bayaran) bagaimanakah mereka mampu menyimpan wang ?

Jadi, tiada seorang pun daripada kita berhak menyalahkan mereka mengapa mereka masih lagi tinggal dan bekerja di ladang-ladang.

2. Mengikut fakta, mereka-mereka yang berjaya keluar dari ladang dan bekerja di sektor lain serta mempunyai kediaman di pekan atau dibandar adalah kerana faktor saudara-mara membantu atau memberikan pinjaman untuk mereka membeli rumah di luar dan seterusnya mereka akan mencari pekerjaan diluar seperti pemandu lori, kerja kilang dan sebagainya. Jika tiada aspek pertolongan dab bantuan daripada saudara mara yang mungkin mampu untuk membantu, adalah mustahil untuk mereka mampu keluar daripada ladang.

3. Mengapa mereka harus keluar dari ladang sedangkan tahap pendidikan mereka 95% adalah rendah ? Bekerja di luar ladang juga sebagai buruh kasar ?

Dari satu sudut, mereka juga sebenarnya merasa seronok tinggal dan bekerja di ladang, kerja memang kotor dan terpaksa memerah keringat dan tenaga disamping disirami sinaran matahari terik.. Tetapi kalu lah itu yang layak dan mampu untuk mereka lakukan mengapa tidak. Pada tahun-tahun 70-an dan 80an dahulu ramai dikalangan remaja dari kaum melayu dan india berlumba-lumba masuk ke ladang untuk mencari pekerjaan. Bagi kaum melayu mereka ada 2 pilihan untuk di pertimbangkan. pertama, mereka akan berlumba memohon Felda dan yang kedua jika tidak mendapat felda mereka bekerja di ladang-ladang. Daripada mereka berkerja tidak tentu di luar sana, mereka bekerja di ladang-ladang dengan bekerja sebagai buruh pemotong kelapa sawit atau penoreh getah, bagi isteri pula mereka akan bekerja di ladang juga sebagai buruh am ( Menajak, membaja dan sebagainya).Dengan pendapatan yang kecil tetapi cukup makan mereka bekerja gigih untuk memastikan perut mereka dan tanggungan (anak-anak yang masih kecil) mereka terisi.

Apabila mereka telah bekerja dan mendapat pengalaman bekerja diladang sebagai pemotong sawit dan penoreh getah, ada dikalangan mereka di panggil menyertai felda dan pengalaman bekerja di ladang adalah pengalaman yang "mahal" harganya apabila mereka berjaya dipanggil menyertai felda.

Namun tidak semua dikalangan mereka yang berjaya mendapat panggilan menyertai Felda, maka selebihnya mereka terus kekal bekerja dan tinggal di ladang untuk meneruskan hidup bersama anak isteri dalam serba kekurangan, tetapi bagi mereka apa yang penting mereka punya pekerjaan dan pondok untuk berteduh.

Keseronokan untuk kekal bekerja dan tinggal di ladang-ladang yang kebanyakkannya adalah pemilikan asing seperti GUTHRIE, SIME DARBY, GOLDEN HOP, DUNLOP dan sebagainya adalah kerana pihak pengurusan (asing) diketika itu banyak memberikan kemudahan awam, riadah dan sosial kepada pekerja mereka. Walaupun gaji mereka terlalu rendah tetapi dengan adanya kemudahan rawatan di klinik ladang, kemudahan bersukan dan riadah serta bila hari cuti umum sepeti sambutan hari kebangsaan atau tahun baru, pihak majikan akan mengadakan pelabagai acara seperti sukan, jamuan rombongan dan sebagainya.

Rumah-rumah ibadat setiap agama pekerja mereka juga didirikan.Malah sekolah-sekolah rendah termasuk sekolah kebangsaan,sekolah tamil dan sekolah cina juga dibina untuk pendidikan anak-anak walaupun dalam serba kekurangan ketika itu.

Apa yang lebih menarik ialah "tuan-tuan" (Pengurus-pengurus ladang) yang terdiri daripada warga Asing ( Mat Saleh) ini amat berbudi bahasa dan bertoleransi dengan setiap pekerja mereka.

Ini menyebabkan pekerja-pekerja ladang termasuk dari kalangan orang melayu terus bekerja di ladang-ladang untuk meneruskan kehidupan sehinggalah ada yang sampai hari ini masih tinggal diladang walaupun sudah tidak bekerja lagi tetapi menumpang denagn anak-anak mereka yang mewarisi pekerjaan mereka dahulu.


Mereka yang bekerja di ladang mewujudkan satu kelompok masyarakat yang amat harmoni sepert juga suasana di kampong-kampong yang meriah suasana terutama pada hari-hari perayaan aidilfitri atau deepavali.

Keadaan dan suasana itu sudah berlalu... Suasana dan kemeriahan itu berubah apabila satu fenomena baru ujud dengan slogan yang lebih menarik dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi kepada warga Malayasia yang bekerja di ladang-ladang.

SSYARIKAT BESAR ASING JADI PEMILIKAN NEGARA-MELAYU

BERITA BESAR DIDADA AKHBAR DAN TAJUK UTAMA BERITA NASIONAL.....Awal 80an...

Syarikat GUTHRIE dan SIME DARBY telah dibeli oleh PNB ( Permodalan Nasional Berhad) atau dengan kata lain bagi pekerja ladang terutama orang Melayu yang telah melabur RM10 didalam Amanah Saham Nasional (ASB) "GUTHRIE telah dimiliki olah orang Melayu".. Pekerja ladang terutama orang Melayu dengan bangga nya disebut sebagai pemilik bersama syarikat besar tersebut walaupun dengan nilai saham RM10 dari sejak mula di tubuhkan sampai hari ini pun jumlahnya sebegitu lah kebanyakkannya terutama yang masih tinggal di ladang.

Syarikat Gergasi GUTHRIE dan SIME DARBY berstatus GLC...!!

Malang....Pekerja ladang dikecewakan....

Dari seorang CEO ke Seorang CEO semuanya MELAYU (Termasukalah Menteri Besar Selangor hari ini. Tan Sri Khalid Ibrahim)... Kenyataan dibuat di akhbar dan televisyen amat meyakinkan..

Semua keseronokan yang ujud di era syarikat di kuasai orang asing semakin hari semakin pupus. Tekanan kerja semakin hari semakin membebankan. Toleransi antara pengurus (sewaktu orang putih) dengan pekerja mula terhakis setelah pengurus-pengurus ladang diganti dengan rakyat tempatan. Ego menguasai diri masing-masing.. Panggilan "Tuan Besar" dan "tuan Kecil" warisan orang asing yang tidak dibuang oleh pekerja-pekerja menjadikan pengurus-pengurus ladang termasuk yang Melayu merasakan teramat tinggi akan dirinya.

Kemudahan sosial, riadah, sukan dan awam semuanya semakin hari semakin beransur hilang akibat ketidak prihatinan pengurusan.

Maka bermulalah pembawaan berbeza-beza cara dan tekanan hidup warga ladang di seluruh negara pada ketika itu.

Bagi ladang yang mempunyai pengurus yang baik, toleransi dan tahu menghormati perit jerih pekerjanya, maka berbahagia jugalah pekerja di ladang tersebut seketika sementara pengurus yang "baik" masih bertugas disitu. Tetapi amat malanglah pekerja-pekerja ladang yang pengurusnya bengis,sombong dan banyak menekan pekerja sehinggalah mereka dapat seorang pengurus yang "baik" di tukarkan ke ladang tersebut.

Hakikatnya tidak di nafikan ada pengurus-pengurus ladang yang namanya masih disebut oleh pekerja ladang yang dah pencen sekalipun menginggati namanya sebagap "tuan yang baik". Tetapi tidak kurang yang menginggati nama pengurus ladang dengan gelaran "tuan yang jahat"..
Itu semua menjadi sejarah dan cerita.

Hakikatnya sememangnya sejak Syarikat-syarikat besar perladangan asing telah menjadi pemilikan negara dengan berstatus GLC seluruh warga pekerja terutama rakyat Malaysia yang bekerja di ladang-ladang amat kecewa dibandingkan dengan harapan yang menggunung dengan pengambil alihan tersebut.

Kita lihat sahaja keadaan pekerja-pekerja ladang pada hari ini. Dari sudut Jumlah pekerja tempatan sahaja dapat menggambarkan bertapa tidak suka nya warganegara Malaysia ini mahu bekerja di sektor perladangan.


Itu satu soal lah...

Tetapi bagaimana dengan nasib mereka yang masih belum mampu keluar dari kepompong ini?. Siapa yang wajar mengambil perhatian ?. Kesatuan sekerja bertungkus lumus memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela disamping membuat tuntutan-tuntutan yang memberi faedah kepada pekerja ladang, tetapi jika mengharapkan kesatuan sekerja sahaja tanpa sokongan KERAJAAN segala tuntutan yang dipinta akan di dolak dalihkan majikan/syarikat.

Soalannya APAKAH KERAJAAN BERPENDAPAT BAHAWA TARAF DAN PENDAPATAN WARGA LADANG/ESTET INI CUKUP BAIK ???
Kalau jawapannya MASIH BELUM CUKUP BAIK... Bagaimana kerajaan boleh membantu agar ia boleh jadi lebih Baik..Bagaimana kita boleh melihat pekerja ladang/estet yang telah mencurahkan segala kudrat dan mencucurkan peluh serta keringat mengeluarkan komoditi bagi meng"Kaya"kan syarikat dan membantu kerajaan memacu kemakmuran, pembangunan dan kemajuan negara dibalas "BUDI" mereka dengan sewajarnya.

Kita akui kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin dari dahulu sehingga kini..
Kita akui Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang sentiasa membantu dan ingin melihat kekayaan , kemakmuran dan kemajuan negara ini di naikmati bersama oleh setiap insan yang mendiami bumi bertuah yang bernama Malaysia ini.
Kita akui kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin terhadap permasaalahan rakyatnya,

Tetapi kita amat kecewa JIKA KERAJAAN BARISAN NASIONAL LUPA TERHADAP SEGELINTIR WARGANEGARA YANG BEKERJA DI SEKTOR PERLADANGAN WAJAR DI BERI PERHATIAN DAN BANTUAN agar golongan ini tidak merasa mereka adalah minoriti warganegara yang TERPINGGIR atau DIPINGGGIRKAN oleh Kerajaan.

Sesuatu yang mungkin boleh membantu mereka, kalaulah pendapatan mereka sekarang ini hanyalah sekitar RM450.00. Dalam ertikata lain, kalaulah mereka tidak bekerja lebih masa sehingga kepetang (tu pun kalau ada). Bayangkanlah apa yang harus mereka belanjakan dengan pendapatan sebegitu.

Rasionalnya, wajarkah kita samataraf kan warganegara Malaysia yang bekerja di Ladang dengan warga asing yang bekerja di ladang juga. Dengan gaji dan pendapatan yang sama. faedah yang sama.... Tapi harus diingat perbelanjaan sara hidup antara pekerja asing dan warganegara amat jauh berbeza... RENUNGKAN LAH>>>>>

BANTULAH MEREKA, JENGOKLAH MEREKA... HARGAI LAH MEREKA.....