Tuesday, July 27, 2010

Di mana masa depan pekerja ladang ?

Masa depan pekerja-pekerja ladang di Malaysia agak kabur setelah mereka bersara iaitu apabila mencapai umur 55 tahun. Persoalan ini timbul kerana tiada satu jaminan pun daripada pihak majikan yang berstatus "mega Company" mahupun syyarikat perladangan kecil dan juga pihak kerajaan sendiri.

Satu-satunya yang mereka miliki kelak apabila bersara hanya sedikitt wang simpanan KWSP yang ada. Dan harus di lihat bahawa wang simpanan KWSP yang akan mereka perolehi itu belum tentu cukup untuk membeli sebuah kediaman kos rendah sekalipun.
Dengan pendapatan serendah RM7 sehari ketika mereka mula bekerja sehingga kini mereka memperolehi gaji RM20 hari ini, jika mereka bersara hari ini (setelah mungkin 30 tahun bekerja) mereka hanya mungkin dapat mengumpul sekitar RM30 ribu. Dengan harga rumah dan kos sarahidup masa kini apakah mereka mampu miliki sebuah rumah murah (low coast) sekalipun?

Kerajaan disarankan agar mendesak majikan atau membuat satu akta berkaitan kepentingan masadepan rakyat yang berada di ladang-ladang.Sebagai contoh, mungkin setiap ladang terutama syarikat gergasi seperti Sime Darby, IOI dan seumpamnya menyediakan satu kawasan perumahan mampu milik kepada gulungan ini.Syarikat-syarikat ini walaupun kaya,besar dan "gah" sebagai syarikat gergasi tidak mungkin akan melaksanakan inisiatif seperti ini jika tiada arahan atau akta yang mewajibkan mereka berbuat demikian. sedangkan tatkala mereka masih lagi mengerah kudrat untuk mengeluarkan hasil yang memungkinkan syarikat menjadi kaya,namun kebanyakan syarikat masih kurang mengambil berat tentang kebajikan sosial mereka.Apatah lagi setelah mereka bersara?.

Apakah kita akan berbangga kerana kebanyakan bekas pekerja ladang akan diberikan bantuan kebajikan masyarakat atas kelayakan mereka diiktiraf sebagai gulungan miskin?.
Perkara ini tidak boleh dinafikan samasekali. Kebanyakan bekas pekerja ladang adalah penerima bantuan dari jabatan kebajikan Masyarakat (JKM). Itu pun sekiranya mereka dilihat oleh pimpinan masyarakat yang prihatin, jika tidak ?..

Sudah sampai masanya bagi kerajaan melihat perkara ini dan mengkaji bagaimana pekerja-pekerja ladang yang berpuluh tahun mengerah kudrat dari muda hingga ke umur mereka tua membantu memakmurkan negara ini.
Sesungguhnya jasa pekerja ladang dan estet ini terlalu besar. Keringat mereka yang tumpah kebumi bagi merancakkan pembangunan dan kemakmuran negara tidak boleh di ukur dengan timbangan.
Bantu dan lihat lah mereka sejenak bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh menghulurkan tangan tanda kasih kepada mereka. Dalam banyak hal kita lihat, mereka tinggal di pendalaman, melalui jalan tanah merah yang berdebu. Tatkala disampaikan hasrat kepada kerajaan untuk menyalurkan peruntukan menurap jalan ladang, jawapan yang sudah pasti kerajaan tidak boleh menurap jalan ladang kerana ia milik syarikat persendirian.Kita minta balairaya, jawapan juga sama, minta apa sahajalah..jawapan tidak pernah berubah.. tetapi yang pelik, apabila ada pilihanraya kecil yang melibatkan pengundi di ladang dan estet, serta merta semua perkara yang tidak booleh itu menjadi boleh..mereka Orang Ladang) melihat...
Apa yang paling tidak disenangi adalah syarikat-syarikat perladangan berstatus GLC. Apa maksud GLC ? Orang ladang memang tidak pernah bersekolah tinggi, tetapi mereka juga tidak begitu daif untuk mengetahui serba sedikit dalam semua hal.Kalau sudah namnya syarikat tersebut berstatus Syarikat berkaitan kerajaan GLC..sudah tentu ia sebahagian milik kerajaan dan rakyat. Jadi, dimana yang tak bolehnya?. Dan yang paling menyedihkan ada pengurus ladang syarikat-syarikat ini bersikap terlalu besar kepala seolah-olah mereka adalh pemilik tanah ladang tersebut. Tiada budi bicara langsung dengan masyarakat pekerjanya dan masyarakat sekiling.

Ada kes dimana pengurus ladang (LADANG YONG PENG) menggali parit dilaluan orang kampung bersebelahan ladang yang sekian lama melalui jalan tersebut. Memasang palang besi dan tidak cukup dengan palang besi mereka menambak tanah di bawah palang besi hingga menyukarkan orang kampong berurusan seperti menghantar anak sekolah dan sebagainya. Menggali parit besar dilaluan motosikal untuk kemudahan pekerja mereka sendiri berurusan di bandar atau pekan berdekatan. Begitu bongkak malah Zalim suungguh..!
Pengurus Ladang tersebut mungkin hanya setahun, dua atau tiga tahun bertugas disitu, tetapi dengan sombong dan tidak menggunakan budi bacara dan pekerti seperti seorang yang berpelajaran untuk berfikir. kalau dah berpuluh tahun sebelun ini laluan itu diguna pakai oleh orang ramai, dimana hatibudi dan bicara mereka yang baru setahun dua bertugas di situ?. Dan sungguh memalukan, pengurus ini tidak tahu sejarah bahawa semua orang kampong itu adalah bekas-bekas pesara ladang tersebut yang semasa gagahnya mengerah kudrat mengkayakan syarikat !! Tidak kah perbuatan ini memalukan Syarikat !.. Syarikat ini pula adalah syarikat yang menjadi kebanggaan negara bersesuaian dengan status SYARIKAT PERLADANGAN TERBESAR DIDUNIA...(SIME DARBY)..

Kita berharap Pihak Syarikat dan kerajaan terutamanya melihat isu-isu kebajikan pekerja ladang ini secara lebih dekat.
Sesungguhnya kita (Kerajaan) akan hanya boleh berbangga seandainya setiap komuniti rakyat menikmati segala keadilan yang sedang wajar dikecapi.

Sunday, March 21, 2010

Pekerja Asing Lari : Kerajaan disaran kenakan "Denda PELNATI" kepada majikan.

Kerajaan sewajarnya menggenakan denda pelnati sekurang-kurangnya RM10000 kepada majikan yang gagal menjaga pekerja asing yang digaji mereka sehingga mereka bertindak melarikan diri dari majikan.

Dalam isu ini kita tidak harus terus menuding jari atas kesalahan kepada pekerja yang lari itu semata-mata. Kajian dan penilaian yang adil harus dibuat.
Sesungguhnya tidak mungkin seseorang pekerja asing itu bertindak semudah itu untuk melarikan diri. Tentu ada yang tidak kena hingga mereka terpaksa membuat pilihan amat berisiko dengan lari lari majikan.

Mengikut kajian kami,Semua pekerja asing yang ditemui tidak seorang pun yang tidak tahu risiko seseorang yang lari dari majikan akan menghadapi situasi yang amat sukar, mereka mengakui bahawa tindakan lari daripada majikan adalah satu yang tidak perlu dilakukan. Tetapi mereka berpendapat setiap yang bertindak lari pasti ada sebab dan masaalah dengan majikan yang tidak mampu mereka atasi bersendirian.

Kebanyakan mereka yang bertindak lari kerana tidak berpuashati dengan sikap dan layanan majikan. Mereka tidak tahu kemana dan bagaimana harus mengadu.

Sebagai contoh, seorang pembantu rumah yang ditekan dengan bebanan kerja melampau tidak dapat mengadu kepada sesiapa kerana mereka tidak sekali-kali dibenarkan keluar rumah. Kalau mereka diikat bekerja selama 2 tahun, maka selama tempoh itu lah mereka akan cuba bertahan. Apabila tempoh kontrak mereka tamat, mereka akan terus dihantar pulang begitu sahaja. Soalnya siapa yang boleh memantau pekerja-pekerja ini ?.

Mampukah kerajaan menyediakan satu pasukan khas bagi memantau setiap pekerja asing yang bekerja dirumah ini ?.

Itu baru satu sektor pekerjaan. Bagaimana dengan sektor pekerjaan lain?.

Gesaan agar majikan dikenakan denda ini dibuat agar setiap majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja mereka dari semua sudut.
Logiknya, seandainya majikan menjaga dan melayan pekerja mereka dengan baik, nescaya tiada sebab pekerja mereka akan lari.

Dalam hal ini, jika seseorang pekerja asing lari dari majikan, majikan tidak rugi apa-apa pun. Mereka hanya perlu membuat laporan bahawa pekerja mereka telah lari. Dan mereka akan dengan mudah untuk mendapat pekerja baru daripada agensi pekerja asing.Begitu mudah !
Malah, majikan mungkin beruntung kerana setiap pekerja yang lari pasti akan meninggalkan baki gaji mereka. Dan tidak mustahil wang simpanan gaji bulanan mereka yang disimpan oleh majikan.

Jadi, dalam apa keadaan sekalipun, majikan tidak merasa banyak kerugian atau tak rugi walau sesen pun.

Siapa rugi ?...

Sudah pasti kerajaan dan rakyat akan menanggung beban ini. Mereka yang lari akan mengundang peningkatan jumlah pendatang tanpa izin PATI atau dalam kata lain pendatang haram.

Adakah semua PATI ini memang pendatang haram ? Mungkin ya, tetapi peratusannya mungkin dibawah 50%, yang lain adalah yang asalnya HALAL kemudian jadi PATI akibat lari dari majikan.

Lebih menjengkelkan kita, mereka yang lari ini menjadi penyumbang terbesar peningkatan penjenayah warga asing. Mereka jadi musuh rakyat dan negara.

Bagaimana mereka terjerumus kealam jenayah ?

Cerita yang mudah namun hakikat ini tidak boleh ditolak. Seorang atau sekumpulan kecil warga asing yang lari dari majikan akan pasti berada dalam kesukaran untuk keluar, mencari kerja dan memerlukan makanan untuk hidup.
Jalan mudah, mereka mungkin terpaksa mencuri untuk makan. Kaedah mencuri sudah pasti berbagai-bagai. satu daripadanya perlu masuk kerumah kita, dapat makan dan nampak ada yang menarik selain dari makan didalam rumah...ada itu, ada ini..dapat itu, dapat ini..mudah.

Esok lusa ?...fikiran dan akal mula dikuasai nafsu. Ooo... ada yang lebih mudah untuk "makan" selain mengerah keringat....dan akhirnya...ditemui mati ditembak polis sebagai penjenayah..

Kisah penjenayah ini mati ditembak mungkin menamatkan kisah hidupnya.
Tetapi mangsa penjenayah ini sebelum ajalnya... siapa? Berapa?...


Cuba kita renungkan san fikirkan sejenak.

Tuesday, January 12, 2010

Pekerja Asing wajar menjadi ahli NUPW






Gambar-gambar IUF/MSC Meeteing Kuala Lumpur.Gambar 1:Ibu Hemasari Dharmabumi (IUF Jakarta)
Gambar 2: Mr.Jey Kumar (AMESU Sec.General) dan perwakilan kesatuan sekerja negara India.
Gambar 3: Mr.John Emanual (MTUC),Ms.Sue (IUF-Asia & Pacific),Mr.Titus Glydwn (AMESU Pesident),Mr. Navamukundan (NUPW),Y.Bhg.Datuk G.Sankaran (NUPW Sec.General)

Gambar 4: Mr.Ma (IUF-Asia Pacific), Ms.Sue and AMESU Staff.
Gambar 5: En.Zainudin (IUF-AMESU-MSC organiser Officer)



Pekerja-pekerja asing terutama didalam sektor perladang wajar menjadi ahli kesatuan pekerja-pekerja Ladang NUPW agar mereka tidak sering dijadikan sasaran tindakan diskriminasi daripada majikan.
Adalah tidak adil seseorang pekerja asing yang bekerja di dalam ladang tidak dibenarkan menjadi ahli kesatuan NUPW sedagkan dalam masa sama penggajian mereka ditetapkan oleh majikan mengikut perjanjian (CA) antara NUPW dan MAPA.
Dalam soal gaji mereka menerima faedah sama dengan pekerja tempatan tetapi dari sudut lain mereka menjadi bahan diskriminasi majikan.Ini tidak harus berlaku samasekali.
Semua majikan terutama pengurus-pengurus ladang diminta agar tidak mengenakan sekatan jika seseorang pekerja asing yang bekerja disyarikat itu ingin menyertai NUPW.

Tinjaun saya selaku pegawai penaja kesatuan perladangan IUF/AMESU/NUPW mendapati ada majikan yang menggunakan pelabagai taktik bagi mengelak pekerja asing menyertai kesatuan sekerja NUPW. Antara nya mereka menggunakan pendekatan menekan pekerja asing yang menjadi ahli NUPW dengan cara disekat kerja lebih masa dan bekerja hari minggu. Keadaan ini menjadikan pendapatan pekerja ini akan berkurangan.Ini menjadikan mereka takut untuk menjadi ahli NUPW dan seterusnya menjadikan pekerja asing yang lain takut untuk menyertai NUPW.

Ada juga majikan yang terus tidak mengizinkan pekerja asing ini menyertai NUPW dengan ugutan mereka akan dihantar pulang dan ada yang di ugut untuk tidak menyambung kontrak kerja mereka bila tamat tempoh 2 tahun. Pendekkata berbagai cara pihak majikan akan gunakan untuk memastikan pekerja-pekerja asing tidak menyertai NUPW.

Walau bagaimanapun, isu ini bukanlah menyeluruh. Ada syarikat atau pengurus ladang yang lebih suka pekerja mereka menyertai NUPW dan menggalakkan mereka menyertai NUPW. Bagi Syarikat atau pengurus ladang seperti ini, mereka tidak mahu sebarang masaalah timbul dan jika ada, mereka akan menyelesaikan masaalah tersebut berpandukan kepada perjanjian bersama NUPW-MAPA. Sikap ini yang sepatutnya ada kepada semua Syarikat perladangan dan pengurus-pengurus ladang.

Kita harus sedar, walaupun mereka bukan rakyat negara ini, tetapi mereka juga adalah manusia yang sewajarnya diberi layanan yang sewajarnya.

Pekerja-pekerja asing juga seharusnya tidak perlu merasa takut untuk menyertai NUPW. Mereka harus sedar hanya NUPW satu-satunya kesatuan yang membela kaum pekerja ladang di negara ini. Tanpa perjuangan NUPW tidak mungkin semua faedah yang diperolehi kaum pekerja ladang dapat dinikmati hari ini. NUPW tidak pernah dan tidak akan berhenti memperjuangkan kebajikan pekerja-pekerja ladang, termasuk pekerja-pekerja ladang dari negara asing seperti Indonesia, Bangladesh dan sebagainya.

Sebagai bukti, NUPW bekerjasama dengan pihak kerajaan Negara Republik Indonesia dalam usaha menyakinkan rakyat negara itu harus menyertai NUPW. NUPW juga mengadakan persepakatan dengan International Union of Food and Agriculture (IUF) dan All Malayan Estetes Staff Union (AMESU) dan lain-lain kesatuan sekerja dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja Asing (Migrant Workers Services Centre-MSC ) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur bagi membantu semua pekerja asing mendapat khidmat nasihat untuk mereka menyertai NUPW.

Pegawai Penaja Kesatuan Perladangan IUF yang bersedia membantu NUPW ialah Encik.Zainudin Mohidin.
Sehubungan itu adalah diseru kepada semua warga asing terutama yang bekerja dalam sektor perladangan agar SEGERA menemui pemimpin tempatan NUPW didalam ladang masing-masing bagi mengisi borang penyertaan keanggotaan NUPW.

Perjuangan NUPW selam lebih 50 tahun untuk kaum pekerja ladang di negara ini bukan satu perjuangan yang kecil.
Maka semua pekerja ladang samaada pekerja rakyat tempatan mahupun warga asing wajar menyokong perjuangan NUPW.

Sebarang bentuk khidmat nasihat yang diperlukan daripada pegawai penaja boleh dibuat melalui Nombor Telefon Pegawai terbabit (En.Zainudin) di talian 019-7861687. atau melalui pejabat NUPW kawasan Selatan(Johor) di Kluang,Johor, atau Ibu Pejabat MSC di AMESU HeadOffice, Subang Jaya.