Tuesday, January 12, 2010

Pekerja Asing wajar menjadi ahli NUPW






Gambar-gambar IUF/MSC Meeteing Kuala Lumpur.Gambar 1:Ibu Hemasari Dharmabumi (IUF Jakarta)
Gambar 2: Mr.Jey Kumar (AMESU Sec.General) dan perwakilan kesatuan sekerja negara India.
Gambar 3: Mr.John Emanual (MTUC),Ms.Sue (IUF-Asia & Pacific),Mr.Titus Glydwn (AMESU Pesident),Mr. Navamukundan (NUPW),Y.Bhg.Datuk G.Sankaran (NUPW Sec.General)

Gambar 4: Mr.Ma (IUF-Asia Pacific), Ms.Sue and AMESU Staff.
Gambar 5: En.Zainudin (IUF-AMESU-MSC organiser Officer)



Pekerja-pekerja asing terutama didalam sektor perladang wajar menjadi ahli kesatuan pekerja-pekerja Ladang NUPW agar mereka tidak sering dijadikan sasaran tindakan diskriminasi daripada majikan.
Adalah tidak adil seseorang pekerja asing yang bekerja di dalam ladang tidak dibenarkan menjadi ahli kesatuan NUPW sedagkan dalam masa sama penggajian mereka ditetapkan oleh majikan mengikut perjanjian (CA) antara NUPW dan MAPA.
Dalam soal gaji mereka menerima faedah sama dengan pekerja tempatan tetapi dari sudut lain mereka menjadi bahan diskriminasi majikan.Ini tidak harus berlaku samasekali.
Semua majikan terutama pengurus-pengurus ladang diminta agar tidak mengenakan sekatan jika seseorang pekerja asing yang bekerja disyarikat itu ingin menyertai NUPW.

Tinjaun saya selaku pegawai penaja kesatuan perladangan IUF/AMESU/NUPW mendapati ada majikan yang menggunakan pelabagai taktik bagi mengelak pekerja asing menyertai kesatuan sekerja NUPW. Antara nya mereka menggunakan pendekatan menekan pekerja asing yang menjadi ahli NUPW dengan cara disekat kerja lebih masa dan bekerja hari minggu. Keadaan ini menjadikan pendapatan pekerja ini akan berkurangan.Ini menjadikan mereka takut untuk menjadi ahli NUPW dan seterusnya menjadikan pekerja asing yang lain takut untuk menyertai NUPW.

Ada juga majikan yang terus tidak mengizinkan pekerja asing ini menyertai NUPW dengan ugutan mereka akan dihantar pulang dan ada yang di ugut untuk tidak menyambung kontrak kerja mereka bila tamat tempoh 2 tahun. Pendekkata berbagai cara pihak majikan akan gunakan untuk memastikan pekerja-pekerja asing tidak menyertai NUPW.

Walau bagaimanapun, isu ini bukanlah menyeluruh. Ada syarikat atau pengurus ladang yang lebih suka pekerja mereka menyertai NUPW dan menggalakkan mereka menyertai NUPW. Bagi Syarikat atau pengurus ladang seperti ini, mereka tidak mahu sebarang masaalah timbul dan jika ada, mereka akan menyelesaikan masaalah tersebut berpandukan kepada perjanjian bersama NUPW-MAPA. Sikap ini yang sepatutnya ada kepada semua Syarikat perladangan dan pengurus-pengurus ladang.

Kita harus sedar, walaupun mereka bukan rakyat negara ini, tetapi mereka juga adalah manusia yang sewajarnya diberi layanan yang sewajarnya.

Pekerja-pekerja asing juga seharusnya tidak perlu merasa takut untuk menyertai NUPW. Mereka harus sedar hanya NUPW satu-satunya kesatuan yang membela kaum pekerja ladang di negara ini. Tanpa perjuangan NUPW tidak mungkin semua faedah yang diperolehi kaum pekerja ladang dapat dinikmati hari ini. NUPW tidak pernah dan tidak akan berhenti memperjuangkan kebajikan pekerja-pekerja ladang, termasuk pekerja-pekerja ladang dari negara asing seperti Indonesia, Bangladesh dan sebagainya.

Sebagai bukti, NUPW bekerjasama dengan pihak kerajaan Negara Republik Indonesia dalam usaha menyakinkan rakyat negara itu harus menyertai NUPW. NUPW juga mengadakan persepakatan dengan International Union of Food and Agriculture (IUF) dan All Malayan Estetes Staff Union (AMESU) dan lain-lain kesatuan sekerja dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pekerja Asing (Migrant Workers Services Centre-MSC ) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur bagi membantu semua pekerja asing mendapat khidmat nasihat untuk mereka menyertai NUPW.

Pegawai Penaja Kesatuan Perladangan IUF yang bersedia membantu NUPW ialah Encik.Zainudin Mohidin.
Sehubungan itu adalah diseru kepada semua warga asing terutama yang bekerja dalam sektor perladangan agar SEGERA menemui pemimpin tempatan NUPW didalam ladang masing-masing bagi mengisi borang penyertaan keanggotaan NUPW.

Perjuangan NUPW selam lebih 50 tahun untuk kaum pekerja ladang di negara ini bukan satu perjuangan yang kecil.
Maka semua pekerja ladang samaada pekerja rakyat tempatan mahupun warga asing wajar menyokong perjuangan NUPW.

Sebarang bentuk khidmat nasihat yang diperlukan daripada pegawai penaja boleh dibuat melalui Nombor Telefon Pegawai terbabit (En.Zainudin) di talian 019-7861687. atau melalui pejabat NUPW kawasan Selatan(Johor) di Kluang,Johor, atau Ibu Pejabat MSC di AMESU HeadOffice, Subang Jaya.

No comments:

Post a Comment