Tuesday, July 27, 2010

Di mana masa depan pekerja ladang ?

Masa depan pekerja-pekerja ladang di Malaysia agak kabur setelah mereka bersara iaitu apabila mencapai umur 55 tahun. Persoalan ini timbul kerana tiada satu jaminan pun daripada pihak majikan yang berstatus "mega Company" mahupun syyarikat perladangan kecil dan juga pihak kerajaan sendiri.

Satu-satunya yang mereka miliki kelak apabila bersara hanya sedikitt wang simpanan KWSP yang ada. Dan harus di lihat bahawa wang simpanan KWSP yang akan mereka perolehi itu belum tentu cukup untuk membeli sebuah kediaman kos rendah sekalipun.
Dengan pendapatan serendah RM7 sehari ketika mereka mula bekerja sehingga kini mereka memperolehi gaji RM20 hari ini, jika mereka bersara hari ini (setelah mungkin 30 tahun bekerja) mereka hanya mungkin dapat mengumpul sekitar RM30 ribu. Dengan harga rumah dan kos sarahidup masa kini apakah mereka mampu miliki sebuah rumah murah (low coast) sekalipun?

Kerajaan disarankan agar mendesak majikan atau membuat satu akta berkaitan kepentingan masadepan rakyat yang berada di ladang-ladang.Sebagai contoh, mungkin setiap ladang terutama syarikat gergasi seperti Sime Darby, IOI dan seumpamnya menyediakan satu kawasan perumahan mampu milik kepada gulungan ini.Syarikat-syarikat ini walaupun kaya,besar dan "gah" sebagai syarikat gergasi tidak mungkin akan melaksanakan inisiatif seperti ini jika tiada arahan atau akta yang mewajibkan mereka berbuat demikian. sedangkan tatkala mereka masih lagi mengerah kudrat untuk mengeluarkan hasil yang memungkinkan syarikat menjadi kaya,namun kebanyakan syarikat masih kurang mengambil berat tentang kebajikan sosial mereka.Apatah lagi setelah mereka bersara?.

Apakah kita akan berbangga kerana kebanyakan bekas pekerja ladang akan diberikan bantuan kebajikan masyarakat atas kelayakan mereka diiktiraf sebagai gulungan miskin?.
Perkara ini tidak boleh dinafikan samasekali. Kebanyakan bekas pekerja ladang adalah penerima bantuan dari jabatan kebajikan Masyarakat (JKM). Itu pun sekiranya mereka dilihat oleh pimpinan masyarakat yang prihatin, jika tidak ?..

Sudah sampai masanya bagi kerajaan melihat perkara ini dan mengkaji bagaimana pekerja-pekerja ladang yang berpuluh tahun mengerah kudrat dari muda hingga ke umur mereka tua membantu memakmurkan negara ini.
Sesungguhnya jasa pekerja ladang dan estet ini terlalu besar. Keringat mereka yang tumpah kebumi bagi merancakkan pembangunan dan kemakmuran negara tidak boleh di ukur dengan timbangan.
Bantu dan lihat lah mereka sejenak bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Tidak ada sebab mengapa kerajaan tidak boleh menghulurkan tangan tanda kasih kepada mereka. Dalam banyak hal kita lihat, mereka tinggal di pendalaman, melalui jalan tanah merah yang berdebu. Tatkala disampaikan hasrat kepada kerajaan untuk menyalurkan peruntukan menurap jalan ladang, jawapan yang sudah pasti kerajaan tidak boleh menurap jalan ladang kerana ia milik syarikat persendirian.Kita minta balairaya, jawapan juga sama, minta apa sahajalah..jawapan tidak pernah berubah.. tetapi yang pelik, apabila ada pilihanraya kecil yang melibatkan pengundi di ladang dan estet, serta merta semua perkara yang tidak booleh itu menjadi boleh..mereka Orang Ladang) melihat...
Apa yang paling tidak disenangi adalah syarikat-syarikat perladangan berstatus GLC. Apa maksud GLC ? Orang ladang memang tidak pernah bersekolah tinggi, tetapi mereka juga tidak begitu daif untuk mengetahui serba sedikit dalam semua hal.Kalau sudah namnya syarikat tersebut berstatus Syarikat berkaitan kerajaan GLC..sudah tentu ia sebahagian milik kerajaan dan rakyat. Jadi, dimana yang tak bolehnya?. Dan yang paling menyedihkan ada pengurus ladang syarikat-syarikat ini bersikap terlalu besar kepala seolah-olah mereka adalh pemilik tanah ladang tersebut. Tiada budi bicara langsung dengan masyarakat pekerjanya dan masyarakat sekiling.

Ada kes dimana pengurus ladang (LADANG YONG PENG) menggali parit dilaluan orang kampung bersebelahan ladang yang sekian lama melalui jalan tersebut. Memasang palang besi dan tidak cukup dengan palang besi mereka menambak tanah di bawah palang besi hingga menyukarkan orang kampong berurusan seperti menghantar anak sekolah dan sebagainya. Menggali parit besar dilaluan motosikal untuk kemudahan pekerja mereka sendiri berurusan di bandar atau pekan berdekatan. Begitu bongkak malah Zalim suungguh..!
Pengurus Ladang tersebut mungkin hanya setahun, dua atau tiga tahun bertugas disitu, tetapi dengan sombong dan tidak menggunakan budi bacara dan pekerti seperti seorang yang berpelajaran untuk berfikir. kalau dah berpuluh tahun sebelun ini laluan itu diguna pakai oleh orang ramai, dimana hatibudi dan bicara mereka yang baru setahun dua bertugas di situ?. Dan sungguh memalukan, pengurus ini tidak tahu sejarah bahawa semua orang kampong itu adalah bekas-bekas pesara ladang tersebut yang semasa gagahnya mengerah kudrat mengkayakan syarikat !! Tidak kah perbuatan ini memalukan Syarikat !.. Syarikat ini pula adalah syarikat yang menjadi kebanggaan negara bersesuaian dengan status SYARIKAT PERLADANGAN TERBESAR DIDUNIA...(SIME DARBY)..

Kita berharap Pihak Syarikat dan kerajaan terutamanya melihat isu-isu kebajikan pekerja ladang ini secara lebih dekat.
Sesungguhnya kita (Kerajaan) akan hanya boleh berbangga seandainya setiap komuniti rakyat menikmati segala keadilan yang sedang wajar dikecapi.