Sunday, March 21, 2010

Pekerja Asing Lari : Kerajaan disaran kenakan "Denda PELNATI" kepada majikan.

Kerajaan sewajarnya menggenakan denda pelnati sekurang-kurangnya RM10000 kepada majikan yang gagal menjaga pekerja asing yang digaji mereka sehingga mereka bertindak melarikan diri dari majikan.

Dalam isu ini kita tidak harus terus menuding jari atas kesalahan kepada pekerja yang lari itu semata-mata. Kajian dan penilaian yang adil harus dibuat.
Sesungguhnya tidak mungkin seseorang pekerja asing itu bertindak semudah itu untuk melarikan diri. Tentu ada yang tidak kena hingga mereka terpaksa membuat pilihan amat berisiko dengan lari lari majikan.

Mengikut kajian kami,Semua pekerja asing yang ditemui tidak seorang pun yang tidak tahu risiko seseorang yang lari dari majikan akan menghadapi situasi yang amat sukar, mereka mengakui bahawa tindakan lari daripada majikan adalah satu yang tidak perlu dilakukan. Tetapi mereka berpendapat setiap yang bertindak lari pasti ada sebab dan masaalah dengan majikan yang tidak mampu mereka atasi bersendirian.

Kebanyakan mereka yang bertindak lari kerana tidak berpuashati dengan sikap dan layanan majikan. Mereka tidak tahu kemana dan bagaimana harus mengadu.

Sebagai contoh, seorang pembantu rumah yang ditekan dengan bebanan kerja melampau tidak dapat mengadu kepada sesiapa kerana mereka tidak sekali-kali dibenarkan keluar rumah. Kalau mereka diikat bekerja selama 2 tahun, maka selama tempoh itu lah mereka akan cuba bertahan. Apabila tempoh kontrak mereka tamat, mereka akan terus dihantar pulang begitu sahaja. Soalnya siapa yang boleh memantau pekerja-pekerja ini ?.

Mampukah kerajaan menyediakan satu pasukan khas bagi memantau setiap pekerja asing yang bekerja dirumah ini ?.

Itu baru satu sektor pekerjaan. Bagaimana dengan sektor pekerjaan lain?.

Gesaan agar majikan dikenakan denda ini dibuat agar setiap majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja mereka dari semua sudut.
Logiknya, seandainya majikan menjaga dan melayan pekerja mereka dengan baik, nescaya tiada sebab pekerja mereka akan lari.

Dalam hal ini, jika seseorang pekerja asing lari dari majikan, majikan tidak rugi apa-apa pun. Mereka hanya perlu membuat laporan bahawa pekerja mereka telah lari. Dan mereka akan dengan mudah untuk mendapat pekerja baru daripada agensi pekerja asing.Begitu mudah !
Malah, majikan mungkin beruntung kerana setiap pekerja yang lari pasti akan meninggalkan baki gaji mereka. Dan tidak mustahil wang simpanan gaji bulanan mereka yang disimpan oleh majikan.

Jadi, dalam apa keadaan sekalipun, majikan tidak merasa banyak kerugian atau tak rugi walau sesen pun.

Siapa rugi ?...

Sudah pasti kerajaan dan rakyat akan menanggung beban ini. Mereka yang lari akan mengundang peningkatan jumlah pendatang tanpa izin PATI atau dalam kata lain pendatang haram.

Adakah semua PATI ini memang pendatang haram ? Mungkin ya, tetapi peratusannya mungkin dibawah 50%, yang lain adalah yang asalnya HALAL kemudian jadi PATI akibat lari dari majikan.

Lebih menjengkelkan kita, mereka yang lari ini menjadi penyumbang terbesar peningkatan penjenayah warga asing. Mereka jadi musuh rakyat dan negara.

Bagaimana mereka terjerumus kealam jenayah ?

Cerita yang mudah namun hakikat ini tidak boleh ditolak. Seorang atau sekumpulan kecil warga asing yang lari dari majikan akan pasti berada dalam kesukaran untuk keluar, mencari kerja dan memerlukan makanan untuk hidup.
Jalan mudah, mereka mungkin terpaksa mencuri untuk makan. Kaedah mencuri sudah pasti berbagai-bagai. satu daripadanya perlu masuk kerumah kita, dapat makan dan nampak ada yang menarik selain dari makan didalam rumah...ada itu, ada ini..dapat itu, dapat ini..mudah.

Esok lusa ?...fikiran dan akal mula dikuasai nafsu. Ooo... ada yang lebih mudah untuk "makan" selain mengerah keringat....dan akhirnya...ditemui mati ditembak polis sebagai penjenayah..

Kisah penjenayah ini mati ditembak mungkin menamatkan kisah hidupnya.
Tetapi mangsa penjenayah ini sebelum ajalnya... siapa? Berapa?...


Cuba kita renungkan san fikirkan sejenak.

6 comments:

  1. tapi kalau pekerja ni lari sebab tak nak kita hantar dia balik negara asal mcm mn plak?

    ReplyDelete
  2. Kalau die di black list dari masuk malaysia balik, bagaimana cara utk bersihkan nama die ya? Supaya die boleh bekerja di sini semula

    ReplyDelete
  3. Harap kamu faham, sekrang punya pekerja asing sudah bijak daripada apa yang kamu fikirkan. Mereka akan melarikan diri selepas gaji keluar pada akhir bulan.
    Ada yang menghasut orang lain melarikan diri atau mogok lagi ! siapa yang rugi ? Kita bagi makan, gaji, tempat tinggal..tapi mereka macam mana balas kepada kita ? menjadi penjenayah, merompak...Sila fikirkan, ini negara siapa ???

    ReplyDelete
  4. Siapa yang pandai sangat tulis rencana Macam nie?? Mai forum dgn kita....kita Nak tengok berapa soalan kita boleh dijawap. ..

    ReplyDelete
  5. Siapa yang pandai sangat tulis rencana Macam nie?? Mai forum dgn kita....kita Nak tengok berapa soalan kita boleh dijawap. ..

    ReplyDelete
  6. Amboii yg tulis ni mesti org indon ...ni nak Tanya sikit kalau dia lari bawa anak Kita atau bawa emas atau duit Kita sapa rugi? ... lagi Satu nak ambil replacement x perlu bayar fee ker?? Kena bayar beribu ribu tau dak...lagi Satu maid kalau x Kerti kerja jgn susah kan majikan yg sanggup hutang beribu riban bayar duit agency bayar duit visa permit semua..ikut sedap mulut ja pak or mak indon yg tulis article ni!!

    ReplyDelete